CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Objektif dan Prinsip

Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

· Pendekatan Bersepadu

· Pendidikan Yang Saksama Untuk Semua

· Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

· Pendidikan Seumur Hidup

Halaman

Jumaat, 7 Disember 2012

NOMBOR 1 HINGGA 10

Kira, sebut dan eja nombor di bawah.















TAHUKAH ANDA ?

Ini nombor apa ?

Ini adalah nombor SIFAR





 Nombor Sifar  terletak di mana ?
Nombor SIFAR adalah nombor sebelum nombor satu




Latihan Uji Minda
Kira, sebut dan eja nombor-nombor berikut.









Jumaat, 30 November 2012

BULAN DALAM SETAHUN

Terdapat 12 bulan dalam setahun .

                                                          Bulan pertama dalam setiap tahun ialah  Bulan Januari

Bulan selepas Januari ialah bulan Februari

Bulan kelima dalam setiap tahun adalah bulan Mei

Bulan sebelum bulan Ogos ialah bulan Julai

Bulan diantara bulan Februari dan Bulan Mei ialah bulan Mac dan Bulan April

Bulan yang terakhir dalam setiap tahun adalah bulan Disember

Bulan selepas bulan September ialah bulan Oktober

Bulan Sebelum bulan Disember ialah bulan November

                                                         Bulan diantara bulan Julai dan Bulan September ialah bulan Ogos


 Sambutan  setiap tahun yang murid perlu tahu .

Bulan Mei

Hari Guru ( 16 Mei )                                                   Hari Ibu ( 13 Mei ) 

 Bulan Jun


Hari Bapa 


Bulan Ogos





Hari Merdeka





 Lihat gambar  perayaan-perayaan di bawah. 

Cuba teka pada bulan berapakah setiap perayaan tersebut disambut?





 Bagi mendapatkan jawapannya, murid-murid boleh melihat kepada kalender atau dapatkan bantuan daripada ibu bapa.




BENTUK

Bentuk-Bentuk 3 Dimensi ( 3D ) Dan Bentuk 2 Dimensi ( 2D )



Apa itu Bentuk Tiga Dimensi (3D) ?

  • Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu panjang,lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.


Daripada rajah , apakah yang kamu tahu mengenai bentuk-bentuk 3 dimensi ?


Kenali bentuk dan ciri-cirinya.


1. Kuboid                                                                                    2. Kubus






3. Piramid                                                                                   4. Kon 












5. Sfera                                                                                  6. Selinder 











Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?

Definisi
• Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
• Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjangdan lebar.

Ciri-ciri
• Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
• Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
• Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
• Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.

Di bawah adalah bentuk-bentuk 2 Demensi.


HARI DALAM SEMINGGU


Terdapat 7 hari dalam seminggu

Hari  pertama dalam seminggu adalah hari Ahad.

Hari terakhir dalam seminggu adalah hari Sabtu.

Hari ketiga dalam seminggu adalah hari Selasa.

Hari selepas hari Ahad ialah hari Isnin.

Hari sebelum hari Sabtu ialah hari Jumaat.

Hari diantara hari Rabu dan hari Juamaat adalah hari Khamis.

Perlu diingat, dan jangan keliru....

Hari pertama dalam seminggu adalah Hari Ahad, tetapi
Hari pertama persekolahan dalam seminggu adalah Hari Isnin.


Cuba jawab soalan di bawah untuk menguji kefahaman anda.

1.    Pada setiap hari __________, perhimpunan sekolah akan diadakan.

2.    Selepas hari Selasa ialah hari ____________.

3.    Di antara hari Khamis dan Sabtu ialah hari _______________.

4.    Apakah hari selepas Selasa?
_____________.
5.    Sebelum hari Ahad ialah hari _______________.

6.    Hari pertama dalam setiap minggu ialah hari_______________.

7.    Ada berapa hari dalam seminggu?
______________.

8.    Hari pertama persekolahan pada setiap minggu ialah hari _______________.

9.    Isikan tempat kosong.

Isnin

Rabu

Jumaat



                                                         

Rabu, 28 November 2012

MASA DALAM SEHARI






HARI- HARI YANG MERIANGKAN SEMUA

Dalam seharian kehidupan kita, terdapat lima waktu yang berlainan iaitu:

1. Pagi                                                                        2. Tengah hari
                                  


3. Petang                                                                    4. Malam





5. Tengah malam




Cuba nyatakan waktu bagi aktiviti-aktiviti di bawah.





PECAHAN

Pecahan adalah pembahagian sesuatu benda kepada beberapa bahagian secara sama rata.

Satu Per Dua

Pecahan satu per dua bermaksud sesuatu benda itu dibahagikan kepada dua bahagian. Satu daripada  dua bahagian itu disebut satu perdua atau setengah. Setengah juga disebut separuh.


Satu Per Empat


Pecahan satu per empat pula adalah sesuatu benda yang dibahagikan kepada empat bahagian. Satu daripada empat bahagian itu disebut satu per empat atau suku.


Selasa, 27 November 2012

MARI MENYANYI

Marilah kawan-kawan,
Belajar pecahan,
Jangalah malu dan segan,
Belajar pecahan,
Oh ya, oh ya, oh ya, oh ya,
Oh ya, oh ya, oh...

Kek dipotonglah dua,
Mesti sama rata,
Sepotong apa namanya?,
Separuh itu namanya,
Oh ya, oh ya, oh ya, oh ya,
Oh ya, oh ya, oh...

Marilah kawan-kawan,
Belajar pecahan,
Jangan malu dan segan,
 Belajar pecahan,
Oh ya, oh ya, oh ya, oh ya,
Oh ya, oh ya, oh...

Kek dipotonglah empat,
Mesti sama rata,
Sepotong apa namanya ?,
Suku itu namanya,
Oh ya, oh ya, oh ya, oh ya,
Oh ya, oh ya, oh...

( menggunakan melodi " Kenek-kenek Udang" )
Dipetik daripada Buku Teks Matematik Jilid 2 Tahun 1.