CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Objektif dan Prinsip

Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

· Pendekatan Bersepadu

· Pendidikan Yang Saksama Untuk Semua

· Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

· Pendidikan Seumur Hidup

Halaman

Jumaat, 30 November 2012

HARI DALAM SEMINGGU


Terdapat 7 hari dalam seminggu

Hari  pertama dalam seminggu adalah hari Ahad.

Hari terakhir dalam seminggu adalah hari Sabtu.

Hari ketiga dalam seminggu adalah hari Selasa.

Hari selepas hari Ahad ialah hari Isnin.

Hari sebelum hari Sabtu ialah hari Jumaat.

Hari diantara hari Rabu dan hari Juamaat adalah hari Khamis.

Perlu diingat, dan jangan keliru....

Hari pertama dalam seminggu adalah Hari Ahad, tetapi
Hari pertama persekolahan dalam seminggu adalah Hari Isnin.


Cuba jawab soalan di bawah untuk menguji kefahaman anda.

1.    Pada setiap hari __________, perhimpunan sekolah akan diadakan.

2.    Selepas hari Selasa ialah hari ____________.

3.    Di antara hari Khamis dan Sabtu ialah hari _______________.

4.    Apakah hari selepas Selasa?
_____________.
5.    Sebelum hari Ahad ialah hari _______________.

6.    Hari pertama dalam setiap minggu ialah hari_______________.

7.    Ada berapa hari dalam seminggu?
______________.

8.    Hari pertama persekolahan pada setiap minggu ialah hari _______________.

9.    Isikan tempat kosong.

Isnin

Rabu

Jumaat



                                                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan