CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Objektif dan Prinsip

Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

· Pendekatan Bersepadu

· Pendidikan Yang Saksama Untuk Semua

· Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

· Pendidikan Seumur Hidup

Halaman

Rabu, 28 November 2012

PECAHAN

Pecahan adalah pembahagian sesuatu benda kepada beberapa bahagian secara sama rata.

Satu Per Dua

Pecahan satu per dua bermaksud sesuatu benda itu dibahagikan kepada dua bahagian. Satu daripada  dua bahagian itu disebut satu perdua atau setengah. Setengah juga disebut separuh.


Satu Per Empat


Pecahan satu per empat pula adalah sesuatu benda yang dibahagikan kepada empat bahagian. Satu daripada empat bahagian itu disebut satu per empat atau suku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan